Jenis-jenis Diskriminasi Diskriminasi

Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu. Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:

  • Diskriminasi Umur
    Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".
  • Diskriminasi Jantina
    Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah sama.
  • Diskriminasi Kesihatan
    Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.
  • Diskriminasi Ras
    Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.
  • Dikriminasi Agama
    Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.
  • Diskriminasi Kaum
    Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain.